28 November 2015

Birthday Paling Bermakna .

Assalamualaikum dan Hai .

Alhamdulillah , bermulalah episod baru dalam hidup sis bila umur dah official ni . 
Alhamdulillah jugak bila birthday tahun ni tak macam tahun tahun sudah . Taktahu nak express feeling tu macam mana . Yelahh , takdak orang yang sudi nak sambut birthday ceq . Uhuuk uhukkk .
Tapi tahun ni dapat merasa apa yang orang lain pernah rasa .

Walaupun tak dapat hadiah depan mata yang boleh dirasa/dipegang/digunakan ehh dah besau nak hadiah lagi eeee tak maluu hahahaa , tapi tapi tapi sis dapat hadiah yang paling mahal dalam hidup . Buat masa ni lah . Sebab kalau hadiah tu be a part of my life , bertambah-tambah nilainyaaaa . Haaaa mesti korang tertanya apa yang dimaksudkan tu kan ? Kalau nak tahu bolehlah visit my ig muehehehe .

Dan sis tak pernah tau dapat suprise ambush birthday ni . Sekali malam tu memang tak terkatalah . 
 Alkisahnya , kengkawan sis ajak lepak malam tu . Tapi bila sis dah siap semua , dapat pulak text diberitahu maybe tak jadi lepak . Hahahaa sedih jadinya . Yelahh dah siap kot ! Huhuhuhu . Tapi takpelah kan , mata sis masa tu pun dah bersandiwara gituu . Hahaha . Lepas beberapa minit , adik sis yang baru balik dari kerja , baru sampai rumah ni katanya nak jumpa kawan kat luar rumah . Sis pon keluar depan rumah mengintai-ngintailah siapa yang dia jumpa kan . Sekali kawan sis daaaaaa . Sampai hati dia tak jumpa sis . Huhuhuhu . Merajuk pi masuk rumah balik itupun lepas kena halau disuruhnya kita masuk rumah huwaaaaa . Lepas tu konon-konon nak pujuklah , dia suruh adik panggil sis . Okeylah sis pon keluar . Yang kelakarnya , baru nak menyembang ni kawan sis tu bagitahu dia nampak api kat belakang rumah . Masalahnya sis tak nampak dan itu mungkin mata dia rosak . Hahaha . Lepas tu dia berkeras jugak suruh sis pi belakang tu . " Eh geram pulak aku nengok budak ni " . Sis pon pergilah tengok pebenda sebenarnya , lepas tu tiba-tiba ada pulak nyanyian birthday oleh beberapa kawan lain . Aduhaiiiiiii hahahahaaaahahahaa speechless ~ memang tak terkata tapi nak keluar air mata tu idoklah hahaahaa . Terharu dan hargai sangat apa yang dorang buat ni . 

Sepanjang 20-an ni , sis asyik bersedih je bila tak ada orang sambut birthday sis . Hari yang special tu bagaikan kosong . Inilah kali pertama hari special sis terisi . Terima kasih Allah :)

Thanks korang :')

Terima Kasih

27 November 2015

Officially .

Assalamualaikum dan Hai .

Salam hari jumaat buat semua readers . Alhamdulillah , rasa bahagia pulak harini .
Nak tahu kenapa ? Meh sini dekatkan sikit mata tu . Mueheheee .

Alhamdulillah , Allah masih lagi meminjamkan nyawa dan nafas pada sis untuk berada dalam dunia yang sementara ni . 
Semoga Allah masih panjangkan lagi umur sis , murahkan rezeki sis , berikan kebahagiaan dan kesejahteraan buat sis didunia dan akhirat dan semoga hati sis lebih sado menghadapi dugaan hidup .
Aminn ya rabbal alamin .

Fuhh , sebenarnya dah taktahu nak kata apa . Jadi , sis nak ambik kesempatan nak doakan korang jugak supaya diberikan kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah . Aminnn .


Terima Kasih

26 November 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway : Buasir Otak the Komik

Assalamualaikum dan Hai .

Eh dengar cerita ZYRAROXX nak bagi hadiah percuma ??
Betul ke ??????
Ohh bagaikan sedang bermimpi ZzzzzzzzzZ
Selalunya kalau orang bagi hadiah percuma , hadiah tu mesti best dan gempakkk . Siapa yang taknak weyyyy ? Wuhoooo

Jom join sekali . Mana tahu rezeki awok *kenyit mata*
Klik SINI cepatttt !!



Tarikh tutup penyertaan : Rabu | 09 Disember 2015 | 11.59 P.M.

Terima Kasih

25 November 2015

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum dan Hai .

sumber - en. google

Mood : Craving ^^

Terima Kasih

24 November 2015

LIEBSTER AWARD

Assalamualaikum dan Hai .

 

 Terkejut aihh tengok nama kena tag . Hahahaha . 
Terima kasih wahai Nurul Mustafa atas pencalonan ini . Ehh ? Ajet-ajet retis pulok hahahaa

Okey apa yang sis hadamkan tentang LIEBSTER AWARD ni , ia hanyalah untuk para blogger yang followernya tak lebih dari 400 . Seperti newbie lah kan ? Supaya blognya akan lebih dikenali . Kalau kes macam sis , walaupun dah lama dalam industri blog ni ehh ajet-ajet lagi hahaha masih belum dikenali ramai . Huhuhuuu
Jadi terima kasih juga pada blogger yang memperkenalkan award ni . 

Ahaaa , sesiapa yang ditag dalam LIEBSTER AWARD ni ada peraturannya .
Jeng jeng jenggg **

1. Kena ucapkan terima kasih kepada orang yang telah mencalonkan. Korang kena letak link entry korang di blog mereka.
2. Korang wajib tampal atau tepek kasi ketat gambar "Libster Awards" di blog korang.
3. Jawab 6 pertanyaan yang ditujukan untuk korang.
4. Berikan 6 fakta tentang diri korang.
5. Calonkan 5-6 blog yang mempunyai kurang daripada 400 follower yang korang fikir layak dapat Libster Award.
6. Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon terpilih.
7. Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah terpilih untuk menerima Liebster Award.
_______________________________________________________________
Sis pon dah dapat soalan untuk sis . 

Tell me about yourself (paling kurang 6) 
- Anak sulung dari dua beradik
- Pemalu dan pendiam kalau first time jumpa orang tapi tengok keadaan jugak hihihi
- Tak boleh buat dua tiga kerja dalam satu masa (multi-tasking)
- Sebelum tidur berangan dulu
- Tak suka menangis depan orang
- Kurang yakin dengan diri sendiri

Binatang Peliharaan yang paling teringin nak bela. 
Tak terlintas pulak sebab diri sendiri pon tak terjaga sangat  hahahahaha

Apa pendapatan tentang saya?
Awak ni mesti rajin blogwalking , sebab tu boleh nampak sis . Ye tak ? Hahaa terima kasih tauu sudi datang jenguk sis .

Tempat yang paling nak pergi. list on.
Ohh yang ni kalau cerita memang tak habis . Nasib kena list je kihkihkih
- Mekah (for sure In Syaa Allah)
- Korea ( sebab Running Man punya pasal)
- Krabi (dengar cerita laut dia cantik)

Tempat Favorite yang wajib pergi tiap kali hujung minggu. 
 Selalu tiap minggu jarang keluar rumah . So takdelah tempat favourite bagai ni .

Macam mana korang tangani rasa low confident dalam diri.
Haaa yang ni sis baru je dapat cara menanganinya . Nak tahu ? Jom dengar lagu Beautiful dari Aziz Harun muehehehe 

Lengkaplah semua persoalan yang diberi .

Rata-rata blogger ni ramai jugak followernya . Susah nak cari calon-calonnya , jadi ni yang mana dapatlah ye
:
Rosnordin
Wanaseoby
 Misayuki Hanata
 Hidayah Yusop
Yanie

Soalan untuk anda :

Fakta tentang diri (min.5)
 Cerita apa paling best yang korang tengok dekat cinema ?
Kalau korang bukan diri korang , siapa yang korang nak jadi dan kenapa ?
Apa yang korang tengah lakukan sebelum hupdate entry ni ? 
 Apa yang korang akan buat bila dalam kesedihan ?
Apa pendapat tentang sis ?

I am done ! See you around the corner . *muahh ciked*

 

Terima Kasih

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

Assalamualaikum dan Hai .

Macam best je join segmen kan ? Nak bagitahu something tapi jangan gelak . Selepas beberapa tahun ber-blog ni baru kali kedua sis join segmen . Hahahahaha ~ Aaipp orang cakap jangan gelak ??
Jom join sesama *kenyitmata*

http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/segmen-blogwaking-dan-tambah-followers.html
Klik banner untuk join ^^
  

2. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie".

3. Letak banner tu dan backlink ke entri ini okay?

4. Letak url entri dalam ruangan komen.

5. Tamat : 15 December 2015

*Seorang pemenang yang bertuah akan memenangi sebuah hadiah misteri*

I am done ! ^_^

Terima Kasih

23 November 2015

Segmen JOM KENALI FOLLOWER ANDA by MawarAssufi

Assalamualaikum dan Hai .

First time join segmen ni . Jom join sekali .
Bismillah .

http://naurahnawwarah.blogspot.my/2015/11/segmen-jom-kenali-follower-anda-by.html 
Klik BANNER untuk join ^^

 Menetap (Negeri) : Seri Kembangan, Selangor
Kerjaya/Study : Kerani cabuk je (hahaha)
Sebab Anda Blogging : Nak meluahkan isi hati , berkongsi pengalaman dan minat jugak sebenarnya blog ni . Ber-blog sejak tahun 2011 :)
Pernah Join Mana-Mana Blogger Club? : Oh tak, sebab tak reti macam mana nak join dan masa tu pun tak berapa aktif HAHAHA
Tag : 
  
Salam perkenalan :)

Terima Kasih

21 November 2015

Backpackers ke Penang (Bhg 2)

Assalamualaikum dan Hai .
 
Walaupun sis tengah berada dalam masalah , sis taknak fikirkan sangat . So sis rasa adalah lebih baik sis menyambung bahagian kedua yang terbengkalai . Mehh mehh .
 
Selesai je check-in pukul 8 pagi tu , kami terus bersiap untuk memulakan aktiviti kami yang pertama tak boleh lengah-lengah sebab masa itu emas ! Pukul 10 pagi kami bergerak dan cari bas pergi ke Escape Park yang terletak di Teluk Bahang . Lebih kurang 40 minit jugak untuk sampai dari tempat penginapan kami tu .









Alhamdulillah kami dah sampaiiiii !!!
Jom kita main sampai lebam . Takde lebam tak boleh balik ! Hahahahahahaa


















 
 
Fuhhhh , penat tak terkata babe . Walaupun ada lagi game yang takdapat nak main tapi apakan daya , escape park ni ditutup pukul 5.30 petang . Jadi terpaksalah kami mengucapkan selamat tinggal sobb sobbb *nangis*
 
Bye Escape Park !







Keesokan harinya pulak kami bercadang untuk ke Street Art dan Bukit Bendera . Tapi masa sekarang ni amatlah mencemburui sis . Jadi boleh kita bersambung lagi ?? Hehehe

See you in the next entry yaaa .
 
p/s : gambar untuk bungee jumping dengan flying fox takde . 
Kena pergi lagi ni ^^

Terima Kasih

19 November 2015

Buntu .

Assalamualaikum dan Hai .

Hmmm , macam mana nak mulakan ye ? 

Sis tengah buntu ni , sis hampa dan kecewa . Sis taktahu nak buat apa lagi . Hanya boleh sabar , sabar dan bersabar . Entahlah , kekadang rasa fed-up , down dan rasa macam hmmmm . Sis rasa tak kuat nak hadap benda macam ni . Mintak tolong dengan orang-orang terdekat pon , dorang taknak tolong . 
Ya Allah , tolonglah hambamu ini !

Image result for frust quote

Terima Kasih

18 November 2015

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum dan Hai .

sumber : encik google
 Bila kau mengantuk dan kau tak boleh tidur .

Terima Kasih

17 November 2015

Backpackers ke Penang (Bhg 1)

Assalamualaikum dan Hai .
Apa khabar semuanya ? Sis doakan semua dalam keadaan yang baik baik saja :)
Entry kali ni sis nak story pasal short vacay sis dengan 3 orang kawan dekat Penang . Walaupun dalam Malaysia je tapi memang syok habislahh .
Meh baca trip kami untuk 2 hari dan 1 malam
jangan bosan tauuu
Sebab trip kami ni stail backpackers . So kami hanya guna transport awam dan untuk tempat penginapan , kami ambik bilik dorm untuk 4 orang satu malam .

Bermulalah perjalanan kami ke Penang dari TBS hari jumaat pukul 11.20 malam . Lebih kurang jam 5 pagi , kami sampai di Butterworth . Kami stay kejap , lepas subuh kami bergerak ke jeti untuk naik feri . Tapi kami tunggu hari cerah sikit dalam pukul 7.30 pagi macam tu so dapatlah tengok pemandangan .

Bila dah sampai , kami terus cari tempat penginapan kami haaaa , kena booking awal awal tau supaya senang nanti . Kira kira 15 minit macam tu kami sampailah tempat menginap tu .
 
Butterworth


Ayuh menapak
Kami di jeti
Atas feri dahh




RED INN HERITAGE
Muka letih memasing

Bersambung .....

p/s ; sis ada kerja jap , tunggu next entry dari sis okeyy

Terima Kasih

12 November 2015

Blogwalking .

Assalamualaikum dan Hai .

Dah berkurun tak ber-blog ni dan tetiba aktif balik , saja-sajalah blogwalking sementara takde kerja ni . Hehehee . Rupanya ramai betul ye blogger yang muda muda . Lepas tu blog mereka ni semua cantik-cantik . Waahhh bagus betul adik adik semua . Sis start jadi blogger masa usia korang ni pon sampai sekarang tak gheti-gheti cantikkan blog . HAHAHAHAAA .
Haaaaa , blog tu cantik tapi jangan serabut sangat nahh . Entry pon biar gempak jugak . Mana tahu boleh masuk paper ke , majalah ke kan . Keep it up guyssss !
Dan sepanjang blogwalking ni kan , ramai jugak blogger yang rajin travel . Adushhhh , sis rasa macam nak jugak pergi ke sana dan ke sini . In syaa Allah satu hari nanti .
Eh bestlah tengok blog orang ni . Jadi ketagih pulak . Hahahahaaaa




Terima Kasih

5 November 2015

Move On .

Assalamualaikum dan Hai .

Bukan mudah kan nak dapat apa yang kita nak ? Dan tak mudah nak lepaskan bila kita tahu sememangnya apa yang kita nak bukan milik kita .Tapi apa boleh buat . Sesusah dan sesakit mana pon , hidup mesti diteruskan . Mungkin itu ujian buat kita sebagai hamba Allah . Dan mungkin bila kita terima dengan hati yang terbuka , kita redha , mana tahu Allah akan bagi yang lebih baik . Betul tak ?
In syaa Allah . Allah yang lebih mengetahui :)




Terima Kasih

Beautiful .

Assalamualaikum dan Hai .

Korang pernah dengar kan lagu baru Aziz Harun yang tajuk dia BEAUTIFUL tu ??
Aihhh sis ni suka betullah lagu tu . Sebab dia macam bagi inspirasi kat perempuan yang kurang cantik macam sis ni . Alaahaiii , tapi bila dengar lagu tu kan rasa macam ada keyakinan sikitlah . 
Siapa setuju ??

Tutur dan caramu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu

Jelita
Kau sempurna

Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu

Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata

Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you're beautiful

Tak perlu jadi Dewi Remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu nilai dirimu

Jelita
Kau sempurna

Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu

Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata

Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you're beautiful

Girl you're beautiful (girl you're so beautiful)
Girl you're beautiful (girl you're so beautiful)
Girl you're beautiful (girl you're so beautiful)
Girl you're beautiful

Girl you are so beautiful
Girl you are so beautiful
Girl you are so beautiful

Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu

Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you're beautiful

Beautiful

Terima Kasih

2 November 2015

November .


 Assalamualaikum dan Hai .


Heyy November !! Long time no see . Lama betul nak tunggu kau datang wahai November . Alhamdulillah Allah masih panjangkan masa kita untuk bersama .
Bermacam-macam plan yang dibuat untuk November tahun ni . Semoga Allah permudahkan semua urusan . Aminnnn .

Terima Kasih

Sarah Amran Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign