24 November 2015

LIEBSTER AWARD

Assalamualaikum dan Hai .

 

 Terkejut aihh tengok nama kena tag . Hahahaha . 
Terima kasih wahai Nurul Mustafa atas pencalonan ini . Ehh ? Ajet-ajet retis pulok hahahaa

Okey apa yang sis hadamkan tentang LIEBSTER AWARD ni , ia hanyalah untuk para blogger yang followernya tak lebih dari 400 . Seperti newbie lah kan ? Supaya blognya akan lebih dikenali . Kalau kes macam sis , walaupun dah lama dalam industri blog ni ehh ajet-ajet lagi hahaha masih belum dikenali ramai . Huhuhuuu
Jadi terima kasih juga pada blogger yang memperkenalkan award ni . 

Ahaaa , sesiapa yang ditag dalam LIEBSTER AWARD ni ada peraturannya .
Jeng jeng jenggg **

1. Kena ucapkan terima kasih kepada orang yang telah mencalonkan. Korang kena letak link entry korang di blog mereka.
2. Korang wajib tampal atau tepek kasi ketat gambar "Libster Awards" di blog korang.
3. Jawab 6 pertanyaan yang ditujukan untuk korang.
4. Berikan 6 fakta tentang diri korang.
5. Calonkan 5-6 blog yang mempunyai kurang daripada 400 follower yang korang fikir layak dapat Libster Award.
6. Reka 6 soalan baru untuk dijawab oleh calon terpilih.
7. Sila maklumkan kepada calon bahawa mereka telah terpilih untuk menerima Liebster Award.
_______________________________________________________________
Sis pon dah dapat soalan untuk sis . 

Tell me about yourself (paling kurang 6) 
- Anak sulung dari dua beradik
- Pemalu dan pendiam kalau first time jumpa orang tapi tengok keadaan jugak hihihi
- Tak boleh buat dua tiga kerja dalam satu masa (multi-tasking)
- Sebelum tidur berangan dulu
- Tak suka menangis depan orang
- Kurang yakin dengan diri sendiri

Binatang Peliharaan yang paling teringin nak bela. 
Tak terlintas pulak sebab diri sendiri pon tak terjaga sangat  hahahahaha

Apa pendapatan tentang saya?
Awak ni mesti rajin blogwalking , sebab tu boleh nampak sis . Ye tak ? Hahaa terima kasih tauu sudi datang jenguk sis .

Tempat yang paling nak pergi. list on.
Ohh yang ni kalau cerita memang tak habis . Nasib kena list je kihkihkih
- Mekah (for sure In Syaa Allah)
- Korea ( sebab Running Man punya pasal)
- Krabi (dengar cerita laut dia cantik)

Tempat Favorite yang wajib pergi tiap kali hujung minggu. 
 Selalu tiap minggu jarang keluar rumah . So takdelah tempat favourite bagai ni .

Macam mana korang tangani rasa low confident dalam diri.
Haaa yang ni sis baru je dapat cara menanganinya . Nak tahu ? Jom dengar lagu Beautiful dari Aziz Harun muehehehe 

Lengkaplah semua persoalan yang diberi .

Rata-rata blogger ni ramai jugak followernya . Susah nak cari calon-calonnya , jadi ni yang mana dapatlah ye
:
Rosnordin
Wanaseoby
 Misayuki Hanata
 Hidayah Yusop
Yanie

Soalan untuk anda :

Fakta tentang diri (min.5)
 Cerita apa paling best yang korang tengok dekat cinema ?
Kalau korang bukan diri korang , siapa yang korang nak jadi dan kenapa ?
Apa yang korang tengah lakukan sebelum hupdate entry ni ? 
 Apa yang korang akan buat bila dalam kesedihan ?
Apa pendapat tentang sis ?

I am done ! See you around the corner . *muahh ciked*

 

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Sarah Amran Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign